Wednesday, December 09, 2015

9:17:00 AM


SEKITAR PESTA MINI REGATTA KAMPUNG SPAOH,SARAWAK 2015

Hujung minggu yang lepas telah berlangsung Pesta Mini Regatta di Kampung Spaoh yang terletak di Bahagian Betong,Sarawak.Pesta ini berlangsung dengan meriah dengan beberapa program dan aturcara yang dirancang dan dilaksanakan oleh penganjur.

Pesta ini juga dimeriahkan dengan jualan - jualan di sepanjang kawasan yang telah ditetapkan oleh penganjur di sekitar kawasan tapak berlangsungnya pesta tersebut.

Selain itu, program utama di Pesta itu adalah Acara Lumba Perahu yang melibatkan pesert - peserta yang datang dari kampung - kampung sekitar dan juga kelab - kelab Perahu Lumba dari pelbagai tempat untuk datang menyertai perlumbaan untuk merebut hadiah - hadiah lumayan yang disediakan untuk pemenang.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Kampung halaman saya iaitu Kampung Pusa saya sempat singgah di tapak Pesta ini untuk melihat acara - acara yang sedang dijalankan.

Hasilnya adalah gambar - gambar berikut yang saya ingin kongsikan kepada anda.Tak banyak gambar namun cukup untuk menggamit rasa untuk memgujungi pesta yang seterusnya.. hehehe..



 








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU